CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Isnin, 31 Oktober 2011

MENGENAL NOMBOR

Mari kita sama-sama mengenal nombor 1 hingga 10. 


Sabtu, 29 Oktober 2011

AKTIVITI DI HARI CUTI



Salam ceria buat anak didik yang dikasihi. Terima kasih kerana sudi berkunjung di pembelajaran dan pengajaran alam maya di dunia matematik bersama cikgu Kasturi. Tentunya seronok meluangkan masa bersama keluarga dihari cuti bukan? Cuti...cuti jua, tetapi ulangkaji jangan dilupa. 




Di sini cikgu berikan beberapa lembaran alam maya menggunakan slideshare untuk dicuba. Semoga murid-murid dapat manfaatnya. Jika tidak dapat menjawab, dapatkan bantuan dari ibu bapa atau siapa sahaja.... 



Bagi yang berjaya menyelesaikan latihan, tahniah cikgu ucapkan. Sebagai hadiah nikmatilah kek cawan dari cikgu walaupun hanya gambar ....... 


Jumaat, 21 Oktober 2011

SEMOGA BERJAYA ANAK DIDIKKU



Peperiksaan akan bermula minggu hadapan, cikgu mengharapkan anak-anak didik cikgu dan sesiapa yang sedang menduduki peperiksaan agar dapat menjawab soalan dengan tenang dan semoga sentiasa dipermudahkan hendak-Nya.




Harapan cikgu agar apa yang telah kita pelajari selama ini dapat digunakan dalam menjawab soalan-soalan peperiksaan itu nanti. Ingatilah apa yang telah kita pelajari, aplikasikan dalam menjawab soalan peperiksaan matematik nanti.



Selasa, 11 Oktober 2011

MENGENAL BENTUK BONGKAH

Video ini akan mengajar murid-murid jenis bentuk dalam matematik. Selain itu juga ia menerangkan sisi dan permukaan setiap bentuk. Mari belajar bersama-sama


 
sumber : youtube



 
sumber : youtube

JOM MENAMBAH

Mari murid-murid kita belajar bersama-sama.
Mari belajar menambah sambil menanyi......lebih seronok

 
sumber : youtube 

Tentunya murid sudah pandai menambah. Mari kita sama-sama menguji kefahaman murid-murid. Cuba selesaikan soalan-soalan di bawah ......



Selasa, 4 Oktober 2011

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN

Selamat datang ke Dunia Matematik, kepada pengunjung yang budiman. Rasa berbesar hati dapat menghasilkan sebuah ruangan yang dapat memberi manfaat kepada semua tidak kira murid-murid, rakan guru dan kepada sesiapa sahaja walaupun hanya singgah buat seketika. Terima kasih diucapkan.

Semoga apa yang terkandung di dalam ruangan saya ini dapat memberikan sedikit sebanyak ilmu yang bermanfaat untuk tatapan semua. Segala kekurangan dan kelemahan sudilah kiranya meninggalkan sepatah dua kata untuk saya perbetulkan.