CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Khamis, 15 Mac 2012

GAME YANG LEBIH BERMAKNA

Hari ni jalan-jalan kat berbagai blog pendidikan untuk mencari bahan bantu belajar.... akhirnya terjumpa blog Cikgu Fauziah.....guru prasekolah.......alhamdulillah ada bahan yang boleh diaplikasikan untuk dijadikan bahan pembelajaran di dalam kelas. 



Cikgu Fauziah pun bagi link untuk permainan yang bermakna......

So murid-murid boleh bermain sambil mengukuhkan kemahiran asas masing-masing...



Selamat mencuba. Klik link untuk ke laman web


Sabtu, 12 November 2011

MENONTON SAMBIL BELAJAR

Selamat berhari minggu..

Diharap murid-murid mengisi masa ini dengan aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat.
Terima kasih kerana meluangkan masa mengunjungi laman dunia matematik bersama Cikgu Kasturi....

Bagi mengisi cuti kalian, ada baiknya cuba mengira rama-rama, matahari dan sang semut dalam cerita dibawah.
Mari mengira..

                                             sumber : kasturivideo
 
 
Berapakah ekor sang semut ________ ?
Berapakah ekor rama-rama ________ ?
Berapakah bilangan matahari _______ ?

Sila klik untuk menyemak jawapan.
Bagaimana murid-murid, berapakah markah yang diperolehi?
Tahniah!

Semoga murid-murid mendapat ilmu di hujung minggu ini.
Selamat Belajar

Sabtu, 5 November 2011

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA

Selamat hari raya aidiladha diucapkan kepada semua. Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan memberi keberkatan dalam hidup kita sehari- hari.


Hari berganti hari, masa berlalu pergi. Berfikir sejenak, adakah setiap hari yang dilalui bermakna kepada kita? sebagai hamba, sebagai anak, dan sebagai ibubapa, ataupun sebagai rakan....

Apakah pengorbanan yang kita lakukan?....cukupkah?....atau langsung tiada untuk dikenang-kenangkan.......


Korbankanlah apa yang kita ada sama ada wang ringgit, masa, mahupun tenaga. Ingatlah ada lagi yang lebih susah dan memerlukan pertolongan daripada kita.  Mungkin kita tidak dapat balasan didunia....InsyaAllah di akhirat kelak... Janji Allah pasti ada...





 

Maaf kiranya andai terlanjur kata, maaf dipinda..... 

SALAM AIDILADHA BUAT SEMUA

Khamis, 3 November 2011

KEM MEMBACA 1 MALAYSIA

Kem Membaca 1 Malaysia Anjuran Pusat Sumber Sekolah Tahun 2011

semoga memberi manfaat kepada semua murid........










Isnin, 31 Oktober 2011

MENGENAL NOMBOR

Mari kita sama-sama mengenal nombor 1 hingga 10. 


Sabtu, 29 Oktober 2011

AKTIVITI DI HARI CUTI



Salam ceria buat anak didik yang dikasihi. Terima kasih kerana sudi berkunjung di pembelajaran dan pengajaran alam maya di dunia matematik bersama cikgu Kasturi. Tentunya seronok meluangkan masa bersama keluarga dihari cuti bukan? Cuti...cuti jua, tetapi ulangkaji jangan dilupa. 




Di sini cikgu berikan beberapa lembaran alam maya menggunakan slideshare untuk dicuba. Semoga murid-murid dapat manfaatnya. Jika tidak dapat menjawab, dapatkan bantuan dari ibu bapa atau siapa sahaja.... 



Bagi yang berjaya menyelesaikan latihan, tahniah cikgu ucapkan. Sebagai hadiah nikmatilah kek cawan dari cikgu walaupun hanya gambar ....... 


Jumaat, 21 Oktober 2011

SEMOGA BERJAYA ANAK DIDIKKU



Peperiksaan akan bermula minggu hadapan, cikgu mengharapkan anak-anak didik cikgu dan sesiapa yang sedang menduduki peperiksaan agar dapat menjawab soalan dengan tenang dan semoga sentiasa dipermudahkan hendak-Nya.




Harapan cikgu agar apa yang telah kita pelajari selama ini dapat digunakan dalam menjawab soalan-soalan peperiksaan itu nanti. Ingatilah apa yang telah kita pelajari, aplikasikan dalam menjawab soalan peperiksaan matematik nanti.